Posts

Showing posts from May, 2025

Sekolah Menengah Antarabangsa Bakal Dibina di Bintulu

Image
  Datuk Dr Annuar Rapaee KUCHING:  Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat mengumumkan perancangan membina Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak (SMAYS) baharu di Jepak, Bintulu. Sekolah ini akan terletak di Jepak New Township sebagai sebahagian inisiatif meningkatkan capaian pendidikan bertaraf global di kawasan luar bandar. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee, menjelaskan bahawa langkah ini selari dengan prestasi cemerlang pelajar SMAYS Petra Jaya yang mencapai 100% kelulusan dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains pada ujian  Cambridge Checkpoint  Tahun 9. “Kerajaan negeri komited melaksanakan rangka kerja pengurusan pendidikan bersepadu dengan menggunakan silibus  International General Certificate of Secondary Education  (IGCSE). Pendekatan ini bukan sahaja diiktiraf antarabangsa tetapi turut selari dengan perkembangan pedagogi moden,” ujarnya...

PERSEFAHAMAN PETROS-PETRONAS PERLU Dimuktamadkan, Demi Kebaikan Bersama

Image
  Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi Kerjasama Strategik dengan Kerajaan Persekutuan Dipercepat untuk Kemakmuran Bersama Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bersama Kerajaan Persekutuan telah menyokong penuh pelantikan PETROS sebagai  pengagregat gas eksklusif  di negeri itu. Keputusan bersejarah ini, menurut beliau, dilaksanakan di bawah  Distribution of Gas Ordinance (DGO) 2016 , yang secara jelas memperkukuh kewenangan Sarawak dalam bidang pengurusan tenaga elektrik dan gas. “Ini selari dengan mandat  Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) 1962  dan  Borneo States (Legislative Power) Order, 1963  yang diwartakan di bawah Artikel 95C Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya ketika berucap di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Isnin. Beliau menekankan bahawa hak p...