PEMBENTUKAN MALAYSIA KHUSUS UNTUK SARAWAK
Pengenalan Penulisan ini akan membincangkan mengenai reaksi pelbagai etnik di Sarawak terhadap pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Ia akan dipecahkan kepada beberapa bahagian bagi memudahkan pembaca untuk memahami intipati kandungan kertas ini. Bahagian pertama kertas ini akan menyentuh mengenai idea tercetusnya penubuhan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman. Bahagian kedua akan menyentuh hal yang berkaitan dengan penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia. Bahagian ketiga kertas ini akan menyentuh mengenai reaksi positif pelbagai etnik yang terdapat di Sarawak ini terhadap pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dan bahagian keempat akan menyentuh mengenai reaksi negatif pelbagai etnik yang terdapat di Sarawak ini terhadap pembentukan Malaysia. Bahagian ini akan memperlihatkan secara ringkas berkenaan dengan idea tercetusnya penubuhan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman, tindakan yang telah diambil oleh Tunku Abdul Rahman dan usaha Tunku Abdul Rahman dalam merealisasikan ha...