PEMBENTUKAN MALAYSIA KHUSUS UNTUK SARAWAK
Pengenalan
Penulisan ini akan membincangkan mengenai reaksi pelbagai etnik di Sarawak terhadap
pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Ia akan dipecahkan kepada beberapa
bahagian bagi memudahkan pembaca untuk memahami intipati kandungan kertas ini.
Bahagian pertama kertas ini akan menyentuh mengenai idea tercetusnya penubuhan
Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman. Bahagian kedua akan menyentuh hal yang berkaitan
dengan penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia. Bahagian ketiga kertas ini akan
menyentuh mengenai reaksi positif pelbagai etnik yang terdapat di Sarawak ini
terhadap pembentukan Malaysia pada tahun 1963 dan bahagian keempat akan
menyentuh mengenai reaksi negatif pelbagai etnik yang terdapat di Sarawak ini
terhadap pembentukan Malaysia. Bahagian ini akan memperlihatkan secara ringkas
berkenaan dengan idea tercetusnya penubuhan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman,
tindakan yang telah diambil oleh Tunku Abdul Rahman dan usaha Tunku Abdul
Rahman dalam merealisasikan hasratnya menubuhkan sebuah negara yang berdaulat
digelar Malaysia.
Idea tercetusnya penubuhan Malaysia
oleh Tunku Abdul Rahman
Idea
tercetusnya penubuhan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman bermula apabila beliau
telah membuat satu ucapan penting dalam majlis makan tengah hari kepada Persatuan Wartawan-wartawan luar
negeri di Asia Tenggara pada 27 Mei 1961. Beliau mencadangkan supaya Tanah
Melayu digabungkan dengan Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak sebagai sebuah
persekutuan yang dinamakan Malaysia. Hal ini demikian kerana beliau berpendapat
bahawa penggabungan ini dapat mewujudkan sebuah kerajaan pusat yang kuat dan
wilayah-wilayah itu dapat mencapai kemerdekaan yang diidamkan selama ini daripada
jajahan British. Ucapan ini penting kerana ia disifatkan sebagai permulaan
kepada pembentukan Malaysia. Tunku berpendapat Tanah Melayu yang telah
diberikan kemerdekaan awal iaitu pada 31 Ogos 1957 tidak seharusnya berasingan
dan bersendirian. Beliau berpendapat bahawa jalinan yang erat antara
negara-negara serumpun seperti Singapura dan negeri-negeri wilayah Borneo
haruslah ada untuk kestabilan ekonomi dan politik dan pada masa yang sama ia
dapat menjadi pemangkin untuk membanteras ancaman komunis. Tambahan pula pada
masa itu, masalah-masalah yang berkaitan dengan kaum juga merupakan salah satu
sebab mengapa Tunku Abdul Rahman berhasrat untuk menubuhkan Malaysia. Hal ini
demikian kerana dengan pembentukkan Malaysia ini, pertahanan dan pengurusan
keselamatan yang berkesan dapat dijamin. Tunku Abdul Rahman juga berpendapat
jika beliau tidak menggabungkan Semenangjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak,
kemungkinan besar Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Indonesia jika pihak
British yang memerdekakan Sabah dan Sarawak. Tunku juga bersedia akan risiko
yang bakal dihadapinya berkenaan dengan usaha beliau untuk menggabungkan
Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak. Oleh hal yang demikian, satu
persidangan antara Tunku Abdul Rahman dan pegawai-pegawai British diadakan di
Kuching pada 20 Oktober 1960.
Penyertaan Sarawak ke Dalam
Malaysia
Walaubagaimanapun,
ucapan yang disampaikan oleh Tunku Abdul Rahman berkaitan dengan penubuhan
Malaysia menjadi isu yang hangat diperdebatkan di Borneo dan ia secara tidak langsung
melahirkan pandangan-pandangan mengenai masa depan Borneo jika bergabung dengan
Tanah Melayu. Tambahan pula, pandangan yang diberikan oleh pegawai-pegawai
British di Sarawak sendiri kurang yakin akan penubuhan gagasan ini dengan
memberi komen “not quite ready for such a
major political initiative”. Sir Alex Waddell, Gabenor Sarawak sendiri
kurang yakin dan menentang usaha gabungan Malaysia ini kerana beliau
berpendapat bahawa Sarawak seharusnya terlebih dahulu menyiapkan diri sendiri
sebelum melihat kepada Tanah Melayu dan Singapura yang lebih maju dalam
pelbagai aspek jika dibandingkan dengan Sarawak pada masa itu. Melihat kepada
keadaan ini, Sarawak dapat dilihat belum bersedia sepenuhnya untuk menghadapi
perubahan yang bakal dilakukan dari sudut politik dan hal ini boleh dilihat
melalui perundingan yang mengalami proses-proses yang sukar. Hal ini demikian
kerana keadaan yang belum stabil yang disebabkan keadaan negara Asia Tenggara
yang menghadapi ancaman komunis di beberapa buah negara seperti Indonesia,
Singapura dan Tanah Melayu sendiri. Tindakan yang dibuat oleh Tunku Abdul
Rahman ini di anggap tidak bersesuaian dengan keadaan semasa.
Reaksi Positif Pelbagai Etnik di
Sarawak
Dengan termeterainya Perjanjian
Pembentukan Malaysia 1963, terdapat beberapa impak positif yang dialami oleh penduduk di Sarawak. Impak
positif dan negatif ini tidak dapat kita nak elakkan berikutan daripada segala
yang kita lakukan pasti mempunyai kebaikan dan keburukan dan oleh itu kita
haruslah bijak dalam memastikan kita akan dapat memaksimumkan kebaikan yang ada
mahupun impak positif tersebut dan juga mengenal pasti cara untuk memastikan
impak negatif yang wujud tersebut kita dapat kurangkan untuk kebaikan kita
bersama. Terdapat beberapa impak positif dan impak negatif yang telah kami
kenal pasti berkenaan dengan reaksi pelbagai etnik di Sarawak terhadap
penubuhan Malaysia.
Antara impak positif hasil daripada
Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963 kepada rakyat dan negeri Sarawak ialah
melalui perjanjian tersebut, Sarawak telah mencapai kemerdekaan daripada pihak
British dengan lebih awal berikutan Sarawak pada masa itu masih diletakkan
status sebagai negeri jajahan British. Hal ini kerana sekiranya Sarawak ingin
mendapatkan kemerdekaan secara berasingan, berkemungkinan besar masa yang
diambil untuk Sarawak mencapai kemerdekaan tersebut lebih lama berbanding jika
Sarawak menyertai dan menandatangani Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963 dan
pihak British akan memberikan kemerdekaan awal kepada Sarawak untuk menyertai
North Borneo, Singapura dan Tanah Melayu bagi membentuk sebuah negara baru
iaitu Persekutuan Malaysia. Pada tarikh 22 Julai 1963 merupakan tarikh
kemerdekaan Sarawak bebas daripada jajahan penjajah pihak British dan pada
tarikh ini juga kabinet kerajaan negeri Sarawak yang pertama telah ditubuhkan
yang telah diketuai oleh Ketua Menteri yang pertama iaitu Tan Sri Datuk Stephen
Kalong Ningkan. Oleh itu tidak dapat kita nafikan tindakan yang bijak telah
dilakukan oleh pemimpin negeri Sarawak yang terdahulu dengan menandatangani
Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963 tersebut untuk memastikan kita tidak akan
lagi berada dibawah jajahan British di mana lebih satu abad kita telah dijajah
oleh pihak British ini yang bermula sejak zaman pemerintahan James Brooke lagi.
Impak mendapat kemerdekaan yang lebih awal daripada pihak British tersebut
telah menyebabkan rakyat Sarawak mendapat satu suasana kepimpinan daripada
rakyat tempatan sendiri untuk mentadbir Sarawak pada masa itu. Suasana
pentadbiran yang baru ini yang tidak lagi dikawal oleh orang luar seperti
penjajah British ini akan lebih memudahkan rakyat Sarawak untuk mengemukakan
pendapat mereka untuk bersama sama membangunkan Sarawak ke arah yang lebih
baik. Walaupun pada mulanya masyarakat di Sarawak menunjukkan reaksi yang
kurang baik terhadap pembentukan Malaysia ini, tetapi masyarakat yang ada di
Sarawak yakin akan penubuhan Malaysia ini yang melibatkan Semenanjung Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak. Masyarakat Sarawak yakin akan penubuhan ini kerana
Semenanjung Tanah Melayu mempunyai Perlembagaan mereka sendiri yang digunakan
untuk memerintah sejak kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.
Selain itu, untuk menjaminkan kepentingan
dan hak kaum Bumiputera di Sarawak terus terjamin merupakan antara salah satu
impak positif yang boleh kita dapat hasil daripada menandatangani Perjanjian
Pembentukan Malaysia 1963. Hal ini kerana jika hanya Persekutuan Tanah Melayu
dan Singapura sahaja yang membentuk gabungan antara dua wilayah ini, maka yang
akan mendominasi negara ialah kaum Cina dan ianya akan menyukarkan untuk pihak
kerajaan untuk memastikan kebajikan masyarakat Bumiputera terus dijaga
berikutan hilang majoriti penduduk bumiputera dalam negara. Oleh itu,
pentingnya gabungan daripada Sarawak dan North Borneo pada masa itu untuk memastikan
majoriti penduduk Bumiputera dalam negara baharu yang bakal diwujudkan tersebut
dapat direalisasikan kerana mudah untuk pemimpin negara menjaga kebajikan dan
hak mereka. Jika adanya gabungan daripada Sarawak dan North Borneo maka jumlah
penduduk Bumiputera pada masa itu adalah sebanyak 46.3%, sementara orang Cina
menjadi 42.4%. Ini bermaksud untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan
Bumiputera tidak terancam, kemasukkan North Borneo dan Sarawak membolehkan
kumpulan Melayu dan Bumiputera kekal sebagai kumpulan terbesar. Impak yang
dapat diperolehi oleh penduduk Sarawak sekiranya Kumpulan Melayu dan Bumiputera
ini memiliki kumpulan yang besar ialah rakyat yang berada di Sarawak akan
dipastikan hak dan kebajikan mereka sebagai penduduk bumiputera akan sentiasa
terus diberi jaminan oleh pihak Kerajaan Persekutuan yang bakal memerintah
setelah penggabungan beberapa wilayah ini yang bakal membentuk Pesekutuan
Malaysia. Hak dan kebajikan mereka sebagai bumiputera yang dimaksudkan adalah
dari segi agama, bahasa dan kedudukan mereka sebagai bumiputera itu sendiri.
Menggariskan beberapa perkara mengenai
perlindungan hak dan autonomi sebelum bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia
antara impak kesan positif hasil daripada menandatangani Perjanjian Pembentukan
Malaysia 1963 ini kepada rakyat Sarawak. Sarawak dan North Borneo juga telah
menggariskan beberapa hal yang dipanggil Perkara 18 bagi Sarawak dan Perkara 20
bagi Sabah dan intipati perkara-perkara ini dimasukkan di dalam Perjanjian
Malaysia 1963. Intipati Perkara 18/20 ini dilakukan bagi melindungi hak dan
autonomi rakyat Sarawak dan Sabah selepas pembentukan Gagasan Malaysia kelak.
Antara kandungan Perkara 18 yang termaktub dalam perjanjian tersebut ialah dari
segi Agama. Dalam perlembagaan Persekutuan, Agama Islam merupakan Agama Rasmi
bagi Persekutuan Malaysia namun sementara itu di Sarawak tidak mempunyai
sebarang Agama Rasmi. Dari sudut kuasa imigresen pula, pegawai imigresen
Sarawak diberikan kuasa khas untuk mengawal ke atas imigresen ke mana-mana bahagian
malaysia daripada luar hendaklah berada dalam kuasa kerajaan persekutuan tetapi
kemasukan ke Sarawak hendaklah juga mendapat kebenaran daripada kerajaan
negeri. Kerajaan persekutuan tidak boleh membatalkan kemasukan sesiapa ke
Sarawak untuk tujuan kerajaan negeri kecuali atas alasan keselamatan yang
kukuh. Sarawak hendaklah mempunyai kawalan yang tidak terbatas terhadap
pergerakan manusia, kecuali kakitangan kerajaan Persekutuan. Melalui beberapa
impak positif yang telah kita dapat lihat hasil daripada pemimpin kita yang
terdahulu menandatangani Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963 ini, dapat kita
nyatakan dengan berani bahawa reaksi yang positif dapat ditunjukkan oleh rakyat
Sarawak berikutan manfaat yang mereka telah peroleh tersebut memang untuk memastikan
kebajikan mereka sentiasa terjaga oleh pemimpin tempatan seperti contoh melalui
Perkara 18 tersebut yang telah menggariskan beberapa perkara seperti Agama,
Bahasa, Perlembagaan, Imigresen dan sebagainya untuk memastikan rakyat Sarawak
mempunyai hak dan autonomi mereka sendiri dalam perkara yang telah digariskan
tersebut.
Reaksi Negatif
Pelbagai Etnik Di Sarawak
Namun begitu, terdapat juga beberapa impak
negatif yang dialami oleh Sarawak hasil daripada menandatangani Perjanjian
Pembentukan Malaysia 1963 ini. Antaranya ialah dari segi aspek perkongsian
faedah dan sumber ekonomi yang ada. Perkara ini berikutan disebabkan oleh
Sarawak mempunyai kekayaan sumber hasil bumi yang banyak dan jika diterokai dan
diurus dengan baik, maka sumber kekayaan ini boleh meletakkan Sarawak antara
negara yang terkaya di dunia. Sebagai contoh sumber petroleum dan gas yang ada
diluar perairan Sarawak merupakan antara yang mempunyai kualiti yang terbaik
dan juga kuantiti yang banyak dan bukan itu sahaja, kekayaan sumber alam
seperti hutan yang tebal menjadikan Sarawak antara pengeluar dan pembekal kayu
balak di seluruh dunia. Bukan hanya pembekal kayu balak sahaja, namun kekayaan
sumber flora dan fauna yang lain turut boleh menjadikan Sarawak antara negara
yang menjadi tumpuan pengkaji seluruh dunia untuk membuat kajian mereka dan ini
secara tidak langsung boleh memacu ekonomi Sarawak ke arah yang lebih tinggi.
Namun begitu, hasil daripada pemimpin kita yang terdahulu menandatangani
Perjanjian Pembentukan Malaysia 1963 ini, maka gabungan beberapa wilayah yang
telah membentuk Persekutuan Malaysia pada masa ini telah menyebabkan sumber dan
hasil yang kita ada serta perolehi terpaksa dibahagi berikutan pemusatan kuasa
telah berlaku. Oleh itu, segala hasil dan pendapatan yang Sarawak miliki akan
dikutip dan dikumpulkan di kerajaan persekutuan untuk dibahagikan kepada
mana-mana negeri yang memerlukan dana dan bajet bagi membangunkan sesebuah
negeri. Namun kita tidak dapat menyalahkan pemimpin yang terdahulu berikutan
keputusan yang telah dilakukan berikutan mereka mempunyai pendirian dan
pandangan yang tersendiri pada masa itu untuk memastikan Sarawak berada pada
tahap yang lebih baik pada masa akan datang.
Cadangan
penyertaan Sarawak dalam menyertai pembentukkan
Persekutuan Malaysia 1963 telah
mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk di Sarawak. Seperti yang
kita ketahui, Sarawak yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan etnik sudah
pastinya terkesan dengan cadangan tersebut. Disini kita akan melihat reaksi
negatif etnik Sarawak terhadap Pembentukkan Persekutuan Malaysia 1963. Sebelum
Tunku Abdul Rahman mengumumkan persetujuan
penubuhan Malaysia, di Sarawak
hanya terdapat dua
buah pertubuhan politik
iaitu Parti Bersatu
Rakyat Sarawak (SUPP) pimpinan Ong
Kee Hui yang
majoritinya penduduk Cina
dan Parti Negara Sarawak
(PANAS) dipimpin oleh
Dato Bandar Abang
Haji Mustapha yang ahlinya
terdiri daripada orang
Melayu . Kemudian orang Iban
pula menubuhkan Parti Kebangsaan Sarawak
(SNAP) di bawah
pimpinan Stephen Kalong
Ningkan. Setelah pengumuman dibuat
parti-parti politik di
Sarawak mula berkembang
dengan hebatnya seperti Barisan
Rakyat Jati Sarawak
(BERJASA) dipimpin oleh
Abdul Rahman Yaakub dan
Abdul Talib Mahmud.
Melihat
kepada reaksi negatif yang ditunjukkan oleh rakyat Sarawak, sudah pasti akan
menimbulkan persoalan apakah faktor-faktor yang mendorong mereka menolakan
penyertaan Sarawak dalam pembentukkan Persekutuaan Malaysia 1963?. Oleh itu
mari kita lihat faktor-faktor yang menyebabkan rakyat Sarawak menolak
penyertaan Sarawak dalam pembentukkan Malaysia 1963. Faktor pertama yang
mengundang reaksi negatif rakyat Sarawak adalah bimbang dengan bentuk
penjajahan baharu ke atas Sarawak. Kebimbangan ini telah disuarakan oleh Parti
Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Menyingkap kepada sejarah parti tersebut
yang ditubuhkan pada 12 Jun 1959, pada awalnya diasaskan oleh Ong Kee Hui,
Stephen Yong dan Song Thian Check dan dikuasai oleh orang-orang Cina serta
merupakan parti berhaluan kiri. Mereka beranggapan bahawa cadangan
menggabungkan Sarawak dalam Persekutuan
Malaysia merupakan medium baharu penjajahan ke atas Sarawak. Kebimbangan
ini telah didengari oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, menyebabbkan beliau
mengeluarkan kenyataan melalui Malaysia Solidarity Consultative Committee
(MSCC) bahawa Kuala Lumpur tidak berhasrat untuk „menjajah‟ wilayah-wilayah di
Borneo seperti tanggapan sesetengah pihak. Beliau juga telah mengadakan lawatan
ke Sarawak pada Jun 1961 bagi merungkai masalah yang timbul pada masa tersebut.
Akan tetapi, SUPP tetap menolak dan tidak bersetuju untuk bergabung membentuk
Parti Perikatan Sarawak dan menyokong usaha untuk mempercepat kemerdekaan
Sarawak. Hal ini kerana ramai anggota-anggota SUPP bersikap militan dan agak
condong kepada komunism.
Selain
itu, antara faktor yang menimbulkan reaksi negatif terhadap penyertaan Sarawak
dalam Pembentukkan Malaysia 1963 adalah disebabkan oleh kebimbangan sekiranya
penyertaan dalam Persekutuan Malaysia akan menyebabkan orang Melayu dan
Peribumi akan hilang identitinya. Perkata ini telah disuarakan oleh oleh Stephen Ningkan, pemimpin Sarawak
National Party (SNAP) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA). Situasi pada
masa tersebut melahirkan reaksi politik yang dramatik apabila
kepentingan-kepentingan kaum mula menjadi agenda utama kepada organisasi
danpertubuhan politik. Parti-parti berasaskan komunal menunjukkan tidak ada
sifat “penyatuan” dimana setiap parti terpisah berdasarkan garisan etnik, kelas
dan komunal. Inteligensia Melayu di Sarawak yang merasa tidak sabar dengan
pendekatan konservatif pemimpin Parti Negara Sarawak (PANAS) mengambil langkah
drastik apabila keluar dan menubuhkan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA)
yang menentang pandangan PANAS yang dilihat lebih pro-Malaysia yang disifatkan
sebagai satu usaha untuk menjaga dan melindungi golongan kelas aristokrat
konservatif dalam parti. Merujuk kepada awal PANAS yang merupakan parti politik
yang kedua di Sarawak, selepas SUPP, dan dianggotai oleh rakyat berbilang kaum
terutamanya Melayu, Iban, Ridayah, Melanau, sebilangan bumiputera yang lain dan
juga orang-orang Cina. Sebagai pangasas parti ini bersama-sama adiknya, Abang
Othman serta Abang Ikhwan Zainie dan beberapa orang yang lain, Datu Bandar
Abang Haji Mustapha telah dipilih menjadi pengerusinya yang pertama. Pada
keseluruhannya parti ini adalah parti
orang-orang Melayu yang condong kepada kebumiputeraan. Kebanyakkan
pemimpin-pemimpinnya adalah pegawai-pegawai kerajaan yang terdiri dari
orang-orang Melayu yang menyokong Penyerahan Sarawak dari keturunan Raja Brooke
kepada Tanah Jajahan British pada 1 Julai, 1946. Penubuhan Parti Negara Sarawak
ini adalah untuk menghadapi SUPP (Sarawak United People's Party) Akan tetapi,
berlakunya perpecahan dalam anggota parti apabila wujudnya idea penyertaaan
Sarawak dalam Pembentukkan Malaysia. Hal ini kerana PANAS dilihat seolah-oleh
menyokong penyertaan Sarawak dalam Pembentukkan Malaysia 1963. Hal ini tidak
dipersetujui oleh anggota parti menyebabakan mereka keluar parti dan menubuhkan
parti baharu yang diberi nama Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA). Parti
BARJASA bersama-sama Parti SNAP dalam memperjuangkan hak kaum masing-masing.
Namun kedatangan Tunku Abdul Rahman bagi menjelaskan tujuan sebenar
Pembentukkan Malaysia telah mengubah pendirian mereka dan akhirnya menerima
cadangan Pembentukkan Malaysia dan bersetuju untuk bergabung membentuk Parti
Perikatan Sarawak.
Selain
itu, reaksi negatif yang ditunjukkan oleh Sarawak boleh dilihat daripada parti
politik itu sendiri, Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) merupakan salah satu
parti utama yang menentang pembentukan Malaysia ini. Hal ini demikian kerana
jika dilihat dari logik akal, proses pembentukkan Malaysia ini hanyalah sebagai
pemindahan kuasa yang dipegang British kepada negeri lain. Parti Rakyat Sarawak
Bersatu (SUPP) juga dilihat tidak ingin menerima terma yang dikemukan oleh
Tanah Melayu iaitu kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi. Mereka berpendapat bahawa bahasa rasmi yang seharusnya
digunakan adalah bahasa Inggeris, bukan bahasa Melayu. Manakala dari segi
agama, mereka berpendapat bahawa agama Islam sebagai agama rasmi di Sarawak
kurang sesuai memandangkan di Sarawak itu sendiri terdiri daripada pelbagai
etnik. Jika agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi di Sarawak, hal ini
berkemungkinan mencetuskan kemarahan pelbagai etnik pada masa itu kerana
kebanyakkan mereka tidak menganuti sebarang agama atau beragama seperti
Kristian dan Buddha.
Akhir
sekali,antara faktor yang menyebabkan mengapa wujudnya reaksi negatif dalam
kalangan etnik di Sarawak terhadap menyertai Pembentukkan Malaysia adalah
disebabkan oleh ada pihak yang
beranggapan ekonomi Sarawak dikuasai oleh Kerajaan Pusat. Hal Ini demikian kerana
Sarawak sememangnya kaya dengan sumber asli dan hasil buminya. Hal ini
menyebabkan beberapa parti kurang bersetuju dan ada yang menuntut supaya Sarawak merdeka terlebih dahulu
sebelum menyertai gagasan tersebut. Namun, hal ini sekali lagi berubah ketika
Tungku Abdul Rahman Putra Al Haj mengadakan lawatan ke Sarawak. Beliau berjaya
memujuk rakyat Sarawak untuk menerima penyertaan Sarawak bagi membentuk
Malaysia. Beliau menepis dakwaan serta tanggapan sesetengah pihak yang
mengatakan pergabungan Sarawak dan Tanah Melayu adalah untuk mengeksploitasi
sumber-sumber wilayah tersebut. Beliau menjelaskan, gabungan ini akan
memperkuatkan mereka serta segala kepentingan penduduk akan dilindungi oleh
perlembagaan. Pandangan serta perbincangan ini dilihat telah memberi kesan
positif dan nada pemimpin Sarawak telah mula berbeza berbanding sebelumnya.
Segala usaha untuk „menjual‟ dan member keyakinan kepada pemimpin Sarawak mula
menampakkan hasil yang memberangsangkan pada awal tahun 1962 apabila delegasi
dari Borneo mula melihat cadangan Malaysia sebagai jalan terbaik. Delegasi
Borneo dalam MSCC yakin bahawa perlembagaan yang akan diwujudkan bukan sahaja
akan melindungi kepentingan penduduk asli tetapi juga keyakinan bahawa
pembangunan ekonomi dan sosial akan dapat dilaksanakan dengan kadar yang lebih
pantas di bawah Malaysia. Mememtik laporan pada bulan Januari 1962, Sarawak
telah mengeluarkan laporan mengenai kelebihan-kelebihan menyertai Malaysia.
Berdasarkan laporan ini yang menyatakan, “Ia akan menjadi sangat sukar dan
sangat mahal untuk Sarawak, dengan populasi kecilnya berdiri sendiri sebagai
wilayah bebas” .
Kesimpulannya,
penyertaan Sarawak dalam Pembentukkan Malaysia 1963 sememangnya menimbulkan
pelbagai reaksi negatif penduduk setempat. Hal ini demikian kerana kebanyakkan
penduduk di Sarawak berpendapatkan bahawa kepentingan rakyat iaitu ekonomi dan
kepentingan etnik itu sendiri akan tergugat seandainya Sarawak menyertai
Malaysia. Namun, tindakkan bijak pemimpin pada masa tesebut iaitu, Tunku Abdul
Rahman Putra Al Haj telah berjaya menambat hati serta mengubah tanggapan
penduduk serta pemimpin-pemimpin parti yang pada mulanya menentang namun akhirnya menyokong. Sokongan
tersebut akhirnya berjaya membentuk sebuah perikatan yang dinamakan Parti
Perikatan Sarawak. Meraka menyokong usaha tersebut atas alasan untuk
mempercepat kemerdekaan Sarawak, meningkatkan pelaburan dan perkembangan
industri pertanian, mengimbangi jumlah dan kadar pertumbuhan kaum di Sarawak.
Dengan sokongan yang diberikan akhirnya Sarawak telah bersetuju untuk
bersama-sama dalam proses pembentukan Malaysia. Di sini, dapat lah kita
ringkaskan bahawa perancangan yang rapi merupakan kunci kepada kejayaan. Hal
ini harusalah dicontohi oleh pemimpin- pemimpin pada masa akan datang agar
mampu membina Malaysia ke arah yang lebih gemilang.
Kesimpulan
Berdasarkan
kepada keseluruhan perbincangan, dapat dirumuskan bahawa idea tercetusnya
penubuhan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman mengundang pelbagai reaksi dalam
kalangan masyarakat pelbagai etnik di Sarawak. Hal ini demikian kerana seperti
yang diketahui umum, penduduk Sarawak itu sendiri tidak mahu kehilangan hak-hak
yang ada pada mereka. Proses pembentukan Malaysia juga mengalami proses yang
rumit kerana Sarawak tidak mahu kehilangan statusnya sebagai sebuah negara,
malahan walaupun Sarawak akan menjadi negeri, penduduk Sarawak mahu negeri
Sarawak diiktiraf dan sama taraf dengan Tanah Melayu. Tempoh penubuhan Malaysia dengan Sarawak dan
Sabah walaubagaimana pun mengambil masa yang singkat tetapi kompleks. Walaupun
pada mulanya Sarawak menunjukkan reaksi negatif terhadap penggabunggan ini,
tetapi masyarakat Sarawak meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Tunku Abdul
Rahman untuk memerintah. Hal ini demikian kerana, Tanah Melayu sendiri sudah
mempunyai Perlembagaan yang digunakan semenjak Tanah Melayu merdeka lagi iaitu
pada tahun 1957. Dapat lah disimpulkan bahawa penubuhan Malaysia dengan
penggabungan Sabah dan Sarawak melalui proses yang tersusun dari segi
perancangan dan pelaksanaannya. Walaupun terdapat pelbagai reaksi negatif yang
ditunjukkan masyarakat Sarawak pada ketika itu, penentangan yang dikemukan itu
tidak dapat menghalang kepada penubuhan Malaysia. Malaysia secara rasminya
ditubuhkan pada 16 September 1963.