GENAP 5 TAHUN TRAGEDI KEBAKARAN KAMPUNG DATU SIBU

Hari ini genap 5 tahun sudah berlakunya tragedi kebakaran besar yang melibatkan lebih setengah populasi rumah yang ada di Kampung Datu, Sibu yang melibatkan anggaran 144 buah keluarga. Kejadian yang berlaku pada petang 19 Jun 2013 tersebut menyebabkan keadaan di kawasan tersebut selepas kebakaran seperti bekas tapak peperangan dan perkara ini berlaku dalam sekelip mata sahaja. Api yang dikatakan bermula dari sebuah rumah kosong merebak dengan pantas berikutan oleh faktor angin yang kuat di bahagian tepi sungai dan juga keadaan fizikal rumah di kawasan kampung tersebut yang rata-ratanya diperbuat daripada papan. Bahkan juga jarak antara rumah yang berdekatan juga menyebabkan api mudah merebak.
Namun tidak pernah terfikir api tersebut mampu menyeberangi ke seberang jalan untuk "memakan" rumah yang ada diseberang juga. Namun dengan kuasa Allah SWT, kita tidak dapat nak menghalang dengan apa yang telah beliau tetapkan. 
 Gambar tersebut di masa masih pada peringkat permulaan kebakaran
Permandangan dari bahagian belakang

Popular Posts