PENDIDIKAN PENTING DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK
Pendidikan merupakan perkara pokok yang perlu kita utamakan dan diberi perhatian yang khusus dalam memastikan kejayaan mahupun kedudukan kita yang lebih baik. Dengan adanya pendidikan yang sempurna dan berkesan, kita akan dapat melihat anak-anak kita ataupun generasi muda pada hari ini hidup dalam keadaan yang lebih baik. Hal ini kerana pendidikan ibarat akar pokok di mana dengan adanya pendidikan yang sempurna dan berkesan, maka akar tersebut akan kukuh untuk memastikan pokok tersebut dapat terus berdiri dengan teguh. Melalui pendidikan yang sempurna, kita akan lebih mudah untuk mendapatkan peluang pekerjaan serta kita sendiri boleh mewujudkan peluang pekerjaan sendiri dan memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. Sebagai contoh apabila kita mempunyai ilmu yang banyak, kita boleh memulakan sesebuah perniagaan dan situ kita telah mewujudkan peluang pekerjaan untuk diri kita sendiri dan untuk orang lain juga. Dalam era yang mencabar ini, kita tidak dapat dengan hanya me...