PENDIDIKAN PENTING DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK



Pendidikan merupakan perkara pokok yang perlu kita utamakan dan diberi perhatian yang khusus dalam memastikan kejayaan mahupun kedudukan kita yang lebih baik. Dengan adanya pendidikan yang sempurna dan berkesan, kita akan dapat melihat anak-anak kita ataupun generasi muda pada hari ini hidup dalam keadaan yang lebih baik.

Hal ini kerana pendidikan ibarat akar pokok di mana dengan adanya pendidikan yang sempurna dan berkesan, maka akar tersebut akan kukuh untuk memastikan pokok tersebut dapat terus berdiri dengan teguh. Melalui pendidikan yang sempurna, kita akan lebih mudah untuk mendapatkan peluang pekerjaan serta kita sendiri boleh mewujudkan peluang pekerjaan sendiri dan memberi peluang pekerjaan kepada orang lain.

Sebagai contoh apabila kita mempunyai ilmu yang banyak, kita boleh memulakan sesebuah perniagaan dan situ kita telah mewujudkan peluang pekerjaan untuk diri kita sendiri dan untuk orang lain juga. Dalam era yang mencabar ini, kita tidak dapat dengan hanya menunggu peluang tersebut datang, namun kita perlu mencipta peluang pekerjaan tersebut untuk memastikan kelangsungan hidup kita sendiri.

Melalui pendidikan yang berkesan ini, kita secara tidak langsung akan meningkat taraf sosial hidup kita serta keluarga, meningkatkan ekonomi kita serta masyarakat setempat dan mengurangkan masalah sosial di dalam sesebuah kawasan tersebut. Sebenarnya banyak yang dah dilakukan untuk menjayakan usaha ini, namun diakui ianya memakan masa dan memerlukan tindakan yang berterusan. 

Sebagai conotoh di kawasan DUN Nangka, melalui inisiatif yang telah dilakukan oleh YB Dr Annuar Rapaee, kelas tuisyen percuma telah diberikan kepada semua pelajar di dalam kawasan tersebut tidak kira mereka tinggal di bandar mahupun di rumah panjang. Kesemua anak-anak ini diberikan kelas tuisyen percuma dan ianya ditanggung oleh Pusat Khidmat DUN Nangka dan tenaga pengajar yang dilantik adalah dalam kalangan individu yang profesional.

Usaha ini tidak hanya tertumpu kepada usaha golongan pendidik sahaja, namun ianya usaha kita bersama tidak kira sebagai ibu bapa mahupun anak-anak pelajar itu sendiri. Kita semua perlu mainkan peranan kita dalam memastikan usaha untuk meningkatkan martabat pendidikan dalam masyarakat kita akan dapat direalisasikan. Diharap kesemua kita dapat membuka minda dan meluaskan pandangan kita semua untuk menitikberatkan bidang pendidikan untuk anak-anak kerana pendidikan merupakan tunjang utama dalam kita inginkan kehidupan yang lebih baik.


Keadaan pembelajaran tuisyen percuma melalui inisiatif yang diusahakan oleh YB Dr Annuar Rapaee di kawasan rumah-rumah panjang




 YB Dr Annuar Rapaee meninjau sendiri proses perlaksaan tuisyen percuma di Masjid An Nur Sibu



credit foto : FB Dun Nangka


Popular Posts