Detik sejarah UNIMAS bermula dengan pengumuman rasmi oleh Menteri Pendidikan pada masa itu, YB Tan Sri Datuk Amar Sulaiman Haji Daud pada 1 Oktober 1992 dan pelantikan Profesor Dato’ Dr Zawawi Ismail sebagai Naib Canselor pengasas dan seterusnya UNIMAS diperbadankan pada 24 Disember 1992. Ibupejabat operasi pertama UNIMAS pada ketika itu bertempat di Pusat Bandar Damansara Kuala Lumpur. Pembukaan pejabat pertama di Kuching adalah di Rumah Setia, Taman Budaya. Penuh dengan kenangan manis, pejabat di Rumah Setia, Kuching adalah merupakan nadi penggerak kepada bermulanya segala perancangan pembangunan UNIMAS seterusnya. Selain itu, sebagai permulaan kepada terbentuknya sebuah institusi pengajian tinggi awam yang baru di negeri Sarawak UNIMAS memulakan operasi akademik dengan membuka dua fakulti perintis iaitu Fakulti Sains Sosial dan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Selain itu, dua buah pusat sokongan akademik turut ditubuhkan iaitu Pusat Pembelajaran Gunaan dan ...