RM 400 UNTUK PENJAWAT AWAM
Penjawat awam gred 41 ke bawah di negara ini boleh menarik nafas lega apabila Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM 400 menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Pengumuman tersebut dilakukan pada sidang media sejurus tamat mesyuarat kabinet kali yang kedua hari ini tadi. Pembayaran tersebut bakal dilakukan pada 07/06/2018 bersamaan dengan hari khamis minggu hadapan. Dengan adanya pemberian bonus ini kepada penjawat awam, ianya sedikit sebanyak boleh meringankan beban untuk menyediakan kelengkapan menjelang hari raya di mana kita tahu agak sukar untuk membeli barang kelengkapan berikutan oleh kos sara hidup kini yang terlalu tinggi.