SETIAP YANG HIDUP PASTI AKAN PERGI
Tidak kira diusia muda ataupun tua kita boleh saja pergi meninggalkan dunia ini buat selama lamanya. Perkara itu telah kita tahu sejak dulu dulu lagi, namun ada sesetengah daripada kita masih beranggapan bahawa yang tua akan pergi lebih dahulu daripada kita yang muda ini. Sejujurnya bagi saya sendiri saya tidak pernah berjumpa dengan datuk dan nenek sebelah bapa berikutan daripada Allah SWT lebih menyayangi mereka begitu juga dengan nenek sebelah mak manakala datuk sebelah mak hanya dapat menumpang kasih sayang sekejap saja sebelum belian pergi buat selama lamanya. Hanya Al Fatihah dan doa saja yang dapat diberikan kepada datuk, nenek dan sesiapapun yang telah pergi meninggalkan kita buat selama lamanya..Semoga roh mereka sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. In Sha Allah kita akan bertemu suatu hari kelak.
1. Wan Taruki Bin Tunku Sidi
2. Morsidi Bin Zaini
3. Derini Binti Razali
4. Diah Binti Saleh


