Posts

DEBARAN PENJAWAT AWAM NEGERI SARAWAK

Image
 DEBARAN PENJAWAT AWAM NEGERI SARAWAK Seperti lazimnya setiap kali belanjawan negeri Sarawak diumumkan, ianya menjadi debaran dan suatu keterujaan bagi penjawat awam di negeri ini. Mana tidaknya harapan yang tinggi diletakkan kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak bagi mengumumkan satu jumlah bonus yang besar agar ianya dapat digunakan untuk meringankan beban kos sara hidup yang kian mencabar pada masa ini. Debaran itu semua akan terungkai pada jam 230 petang ini di mana Yang Amat Berhormat Premier Sarawak akan membuat penggulungan belanjawan di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Ayuh bersama kita mendoakan agar belanjawan yang bakal diluluskan kelak akan memberi manfaat yang besar bukan saja kepada penjawat awam, namun kepada rakyat marhaen yang lain di negeri ini.

PENDIDIKAN PENTING DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK

Image
Pendidikan merupakan perkara pokok yang perlu kita utamakan dan diberi perhatian yang khusus dalam memastikan kejayaan mahupun kedudukan kita yang lebih baik. Dengan adanya pendidikan yang sempurna dan berkesan, kita akan dapat melihat anak-anak kita ataupun generasi muda pada hari ini hidup dalam keadaan yang lebih baik. Hal ini kerana pendidikan ibarat akar pokok di mana dengan adanya pendidikan yang sempurna dan berkesan, maka akar tersebut akan kukuh untuk memastikan pokok tersebut dapat terus berdiri dengan teguh. Melalui pendidikan yang sempurna, kita akan lebih mudah untuk mendapatkan peluang pekerjaan serta kita sendiri boleh mewujudkan peluang pekerjaan sendiri dan memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. Sebagai contoh apabila kita mempunyai ilmu yang banyak, kita boleh memulakan sesebuah perniagaan dan situ kita telah mewujudkan peluang pekerjaan untuk diri kita sendiri dan untuk orang lain juga. Dalam era yang mencabar ini, kita tidak dapat dengan hanya me...

NANGKA MAJU BERSAMA!

Image
2 MEI 2020 1. Slogan "Nangka Maju Bersama" menjadi aspirasi diri saya secara peribadinya dan secara amnya untuk mengajak keseluruhan penduduk di dalam kawasan N.55 DUN Nangka untuk maju ke hadapan.  2. Bukan bermakna buat masa ini kita tidak maju, namun untuk lebih baik haruslah kita bersama sama maju ke hadapan dalam sebuah masyarakat dan secara tidak langsung kita tidak akan meninggalkan saudara kita ketinggalan di belakang. "We dont want nobody left behind" 3. Maju di sini bukan hanya tertumpu kepada kedudukan ekonomi kita semata-mata namun secara lebih luas melalui pendidikan, sosial hidup dan sebagainya.  4. Dengan adanya ruang pendidikan yang baik, secara tidak langsung ianya akan melahirkan  generasi anak-anak kita yang mampu berdaya saing dan mampu untuk mendapatkan kualiti kehidupan yang lebih baik daripada yang sedia ada buat masa ini. 5. Secara peribadinya saya ingin mengajak semua masyarakat khususnya yang berada di dalam kawasan DUN Nangka...

SARAWAK GLOBAL TAEKWON-DO ASSOCIATION (SGTA) CEMERLANG DI BEAUFORT, SABAH

Image
Persatuan Taekwon-do Global Sarawak yang mengikuti kejohanan Taekwon-do jemputan Beaufort telah mencapai satu keputusan yang cemerlang. Pasukan yang diketuai oleh saudara Abang Ahmad Zaini bin Abang Fauzan selaku Presiden persatuan dan merangkap pengurus pasukan telah berjaya merangkul 7 Emas, 7 Perak dan 6 gangsa di kejohanan tersebut yang berakhir pada petang ini tadi.  Untuk pengetahuan semua, pertandingan ini dijalankan selama 2 hari yang bermula daripada semalam lagi. Pencapaian yang cemerlang ini sekaligus mengharumkan nama Sarawak khususnya dalam arena sukan Taekwon-do di negara kita. Di harap selepas ini akan lebih banyak kejayaan yang akan dikecapi oleh pasukan ini dan segala penajaan kepada pasukan ini amatlah dialukan terutamanya daripada NGO dan syarikat swasta yang lain bagi melancarkan urusan mereka untuk menyertai kejohanan peringkat yang lebih tinggi selepas ini.

GENAP 5 TAHUN TRAGEDI KEBAKARAN KAMPUNG DATU SIBU

Image
Hari ini genap 5 tahun sudah berlakunya tragedi kebakaran besar yang melibatkan lebih setengah populasi rumah yang ada di Kampung Datu, Sibu yang melibatkan anggaran 144 buah keluarga. Kejadian yang berlaku pada petang 19 Jun 2013 tersebut menyebabkan keadaan di kawasan tersebut selepas kebakaran seperti bekas tapak peperangan dan perkara ini berlaku dalam sekelip mata sahaja. Api yang dikatakan bermula dari sebuah rumah kosong merebak dengan pantas berikutan oleh faktor angin yang kuat di bahagian tepi sungai dan juga keadaan fizikal rumah di kawasan kampung tersebut yang rata-ratanya diperbuat daripada papan. Bahkan juga jarak antara rumah yang berdekatan juga menyebabkan api mudah merebak. Namun tidak pernah terfikir api tersebut mampu menyeberangi ke seberang jalan untuk "memakan" rumah yang ada diseberang juga. Namun dengan kuasa Allah SWT, kita tidak dapat nak menghalang dengan apa yang telah beliau tetapkan.   Gambar tersebut di masa masih pada peringkat p...

BANTUAN SARA HIDUP GANTI "BRIM", DI BAYAR 6 JUN

Image
Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang lebih mudah dikenali sebagai BRIM sebelum ini yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional akan ditukar kepada Bantuan Sara Hidup di bawah Kerajaan Pakatan Harapan. Perkara ini dinyatakan oleh Perdana Menteri pada sidang media khas yang baru sahaja berlangsung sebentar tadi. Jumlah yang sama akan dibayar pada 6 Jun ini kepada mana-mana penerima yang layak untuk mendapatkannya.

RM 400 UNTUK PENJAWAT AWAM

Image
Penjawat awam gred 41 ke bawah di negara ini boleh menarik nafas lega apabila Perdana Menteri telah mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM 400 menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Pengumuman tersebut dilakukan pada sidang media sejurus tamat mesyuarat kabinet kali yang kedua hari ini tadi. Pembayaran tersebut bakal dilakukan pada 07/06/2018 bersamaan dengan hari khamis minggu hadapan. Dengan adanya pemberian bonus ini kepada penjawat awam, ianya sedikit sebanyak boleh meringankan beban untuk menyediakan kelengkapan menjelang hari raya di mana kita tahu agak sukar untuk membeli barang kelengkapan berikutan oleh kos sara hidup kini yang terlalu tinggi.